Wednesday, June 4, 2014

Ketupat Sotong




Resepi Ketupat Sotong Terengganu Sedap
 
Sotong (ikut selera masing2 nak sotong kecik ke besar)
- buang kulit sotong yang lembut tu, jika tidak warna akan jadi merah
Beras pulut (agak2 la banyak mana sotong yang ada)
Santan pekat (untuk membuat kuah)
Santan cair (untuk rendam beras pulut)
Sedikit halba (rendam dgn air panas bagi naik bau)
awang merah (dimayang)
halia (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Baasuh beras pulut dulu, rendamkan beras pulut dengan santan cair lebih kurang 2 jam.
  2. Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi.
  3. Masukkan sotong ke dalam periuk, santan pekat dan masak di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Masukkan bawang merah, halba, halia, garam dan gula.
  5. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. 
  6. Masak lebih kurang 20-30 minit dan sedia untuk dihidang.
  7. Boleh makan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja sebab rasanya sedap, lemak-lemak manis 
  8. jer. 

Untuk maklumat lanjut sila KLIK SALINA

No comments:

Post a Comment