Resepi Kuih Bom

Resepi: Kuih Bom Inti Kacang Hijau Sedap

Assalamualaikum..
Selamat petang semua!..
Ermm.. sangat special hari ini sebab saya mencuba resepi kuih bom.. Klu di kampung (klate) memang di mana sahaja boleh beli.. Ini saya di perantauan (bintulu) nak cari kuih tradisional asli lagi memang susah.. So, ambik inisiatif buat sendiri + kemahiran resepi kuih muih melayu kita.. Hehehehe.. Kuih bon inti kacang ini pun atas permintaan encik hubby.. Hari ini beliau on duty, balik je petang terus mintak di goreng.. Banyak makan sehingga tak makan dinner malam nih.. Hehhee....
Jom saya nak share resepi kuih bom ni.. Saya pun tiru resepi emak dan KAK AZIE KITCHEN.. ^_^
Resepi oleh : Bahiah R
SELAMAT MENCUBA YER~
1) Inti kacang hijau
    Bahan-bahan
    - 2 cawan kacang hijau (Rendam sejam untuk cepat empuk)
    - 2 keping gula melaka
    - 3 senduk kecil gula
    - secubit garam
    - 2 sudu besar tepung gandum
   Cara membuat
   - Masukkan kacang hijau dan air dalam kuali.. Biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana.. Kacang selalu dikacau untuk mengelakkan berkerak.. Jika kacang masih belum empuk, tambah sedikit-sedikit air sehingga ia benar2 empuk dan pecah.
  
 - Apabila empuk dan air sudah kering, masukkan gula melaka dan gula.. Kacau sehingga sebati dan masukkan secuit garam..
 - Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau biar sekata.. Angkat dan sejukkan..
   - Selepas sejuk, buatkan inti kacang tersebut bentuk bulat2. Ini senang untuk di masukkan ke dalam doh.
2) Doh dan cara membentuk
   Untuk membuat doh, hanya memerlukan 2 cawan tepung pulut, 1 sudu tepung gandum, secubit garam dan air.. Uli sehingga ia benar2 lembut menjadi doh.. Macam ni tau!!..
   Kemudian, untuk cara membentuk.. Ambil inti tadi masukkan ke dalam doh dan gontel sehingga ia bulat. (Saya punyer tak jadi bulat pun, the first time kan,.. Hehhee). Guling ia dalam bijan dan sedia untuk di goreng.. Makan sejuk2 baru syokkkkk.. Huhuhuhu
Alhamdulillah.. menjdi jugak dengan air tangan sendiri untuk hubby.. Biarpun rupa tak cantik janji dirimu oh kuih bom meletup dalam perut suami.. Sedapppp.. Hehehe
SEKIAN..

No comments:

Post a Comment